Isnin, 23 November 2009

HARI KELUARGA INFRA SABAH


Tarikh 14 hingga 15 Oktober 2009 telah merakam sejarah di mana semua warga INFRA Cawangan Sabah telah berkumpul di Lembah Impian Putatan untuk melaksanakan program Hari Keluarga yang julung kali di adakan sejak INFRA diwujudkan di Negeri Bawah Bayu. Program ini telah dirancang oleh KWIS (Kelab Warga INFRA Sabah). Pelbagai program telah dirancang seperti makan malam bersama, malam perkenalan, sukan neka keluarga dan mandi kolam bersama-sama keluarga.

Penaung Kelab : En.Hashim Alang Abdul Hamid

Pengerusi Kelab : En.Dahali Marali

Bendahari : Cik Nurhasma Akup

Ahli :

En.Mohd. Ariffin Bansin Abdullah
Tn.Hj.Bahrin Md.Lani
Pn.Felecia Dora Tiongin
En.Azmi Hajah
Pn.Arilina Amat
Pn.Diani
Pn.Norhemy
Sdr. Mardin
Sdr. Alfian

Aktiviti yang dirancang adalah seperti berikut :-
INILAH KERJA AKU..MENGUSIK ORANG AJE...
SAYAPUN DAPAT...
SAYANG FATIN.... KELUARGA PN.FELECIADAPAT HADIAHTU..DIANI
USTAZ SUFINDI (PENCERAMAH UNDANGAN)
CABUT JANGAN TAK CABUT BOS..APA BISIK-BISIKTU AH...MENGUMPAT SAYA KE?
PENGANTIN BARU

Rabu, 11 November 2009

PELAKSANAAN BENGKEL AKAN DATANG

Tarikh : 14 November 2009 (SABTU)

Kampung terlibat :

1. Kg. Benoni, Papar :
Tn.Hj. Bahrin, En.Amli, En.Azmi, Cik. Norhasma & Saudara Alfian

2. Kg. Seberang Benoni, Papar :
En.Hashim, En.Dahali, Pn.Norhemy & Saudara Mardin

BENGKEL PELAN TINDAKAN DESA KG.KELIANGAU, MENGGATAL.

Tarikh 7 - 8.November 2009, BPTD telah dilaksanakan di kampung ini dan seramai 47 orang peserta telah didaftarkan yang melibatkan JKKK, Ketua Kampung, Belia & Beliawanis serta wanita. Pegawai INFRA yang terlibat En.Amli, En.Azmi, Pn.Norhemy serta saudara Mardin.

BENGKEL PELAN TINDAKAN DESA KG.SONG-SONG, KOTA BELUD

Tarikh 30 hingga 31 Oktober 2009, seramai 41 orang peserta telah mendaftar untuk menyertai BPTD kampung ini. Peserta yang terlibat terdiri daripada JKKK, Ketua Kampung, AJK surau, Belia & Beliawanis serata penduduk kampung. Pegawai INFRA yang terlibat iaitu En.Azmi, Ustaz Sufindi (KEMAS), Pn.Norhemy serta saudara Mardin. Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Y.B Dato' Japlin (ADUN Usukan & Pembantu Menteri JKR Negeri Sabah).

BENGKEL PELAN TINDAKAN DESA KG.TOMBOTUN, TAMBUNAN

Tarikh 10-11.11.2009, seramai 42 orang peserta telah menghadiri BPTD kampung ini dan pegawai INFRA yang terlibat iaitu Tn.Hj. Bahrin, En.Azmi, Pn.Norhemy serta saudara Alfian.

BENGKEL PELAN TINDAKAN DESA KG.LINGKUNGAN LAUT, LUMADAN, BEAUFORT.

Pada 10 hingga 11 November 2009, INFRA Sabah telah melaksanakan BPTD di kampung ini dan seramai 40 orang peserta telah didaftarkan. Pegawai INFRA yang terlibat En.Hashim, En.Dahali, En.Amli dan Cik.Norhasma. Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Y.B En.Kamarlin Hj.Ombi (Adun Kawasan N.27, Lumadan) dan disertai oleh UPKR Lumadan iaitu Tn.Hj. Ahmad Mumin.

BENGKEL PELAN TINDAKAN DESA KG.KIAWAIAN, TAMBUNAN

Tarikh 6 hingga 7 November 2009, INFRA Cawangan Sabah telah melaksanakan BPTD di kampung ini dan seramai 30 orang peserta telah terlibat. Pegawai INFRA yang terlibat iaitu En.Ariffin, Tn.Hj.Bahrin, Cik.Norhasma & Saudara Alfian.

Ahad, 1 November 2009

BENGKEL PELAN TINDAKAN DESA KG.PIRASAN LAMA, KOTA BELUD

Jumaat dan Sabtu lalu (30 hingga 31 Oktober 2009), INFRA Cawangan Sabah telah melaksanakan BPTD Siri 26/2009 di Kg. Pirasan Lama, Kota Belud. Seramai 45 orang peserta yang hadir, terdiri daripada ahli JKKK, Kumpulan wanita, Guru, Pesara, Belia dan NGO's. Pegawai INFRA yang terlibat adalah En.Dahali, Pn. Diani dan En.Alfian.










































Rabu, 28 Oktober 2009

"RAYA-RAYA INFRA SABAH"

Tarikh 23 Oktober 2009, INFRA Sabah telah mencatat sejarah dengan mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri secara sedaharna di ruangan pejabat INFRA Sabah. Pelbagai juadah telah disediakan seperti menu kari daging, rendang ayam, spaghetti, ayam pandan goreng, nasi kerabu, lontong, sambal bilis dan buah-buahan serta kek. Sambutan ketika itu sangat meriah...walaupun INFRA Sabah hanya mempunyai 14 orang kakitangan. Juadah-juadah ini telah disediakan oleh kakitangan INFRA sendiri. Lihatlah aksi-aksi sambutan seperti di dalam gambar ini.















BENGKEL PELAN TINDAKAN DESA KG.PENIMBAWAN, SERUSUK, TUARAN

Tarikh 24 hingga 25 Julai 2009,INFRA telah melaksanakan BPTD Siri 13/2009 di Kg.Penimbawan, Serusuk, Tuaran. Peserta yang terlibat adalah seramai 40 orang yang terdiri daripada JKKK, Guru, Puteri UMNO, Belia & Beliawanis serta wanita. Pegawai yang terlibat adalah En.Hashim, En.Dahali, Pn.Felecia, Pn.Norhemy,En.Alfian dan En.Mardin. Majlis penutupan telah disempurnakan oleh UPKR Serusuk.