Selasa, 4 Mei 2010

KAKITANGAN INFRA CAWANGAN SABAH YANG BERTUKAR

Pn. Nurwinda Jidwin telah bertukar ke Jabatan Perangkaan Tawau bermula pada 8 April 2010.
Pn. Siti Khadijah Sidik telah bertukar ke IPD Sandakan bermula pada 3 Mei 2010.
P/S : Kakitangan INFRA Sabah mendoakan agar puan-puan dapat melaksanakan tugas ditempat baru dengan suksess dan berjaya. JASAMU TETAP KAMI KENANG.

Isnin, 3 Mei 2010

KURSUS KEPIMPINAN DESA SIRI 1/2010

AKTIVITI MUNSANG BERJANGUT & KEPEKAAN KEPADA ARAHAN

Kursus ini telah dilaksanakan pada 19 - 22 April 2010 bertempat di Swiss Inn Hotel Sandakan. Seramai 56 orang peserta yang terdiri daripada Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri dan Ketua Kampung ( 54 orang lelaki dan 2 orang wanita). Penyelaras kursus En.Dahali Marali, Penceramah dan Fasilitator En.Dahali, En.Mohamad Amli Salleh, En.Azril dan Ustaz Sufindi Abdul Sunat (KEMAS) serta Urusetia Pn.Norhemy Yaakop dan En.Mardin Saidin.MAJLIS PENUTUPAN KURSUSAKTIVITI SONGKOK AJAIBAKTIVITI PENYELASAIAN MASALAHPROGRAM SUAI KENAL ANTARA PENYELARAS & PESERTA
AKTIVITI PENGURUSAN PERUNTUKAN / DANA

KURSUS HOMESTAY SIRI 2/2010

Kursus ini telah dilaksanakan pada 18 - 22 April 2010 bertempat di Swiss Inn Hotel Sandakan, Sabah. Seramai 41 orang peserta yang terdiri dari bakal pengusaha homestay hadir yang mewakili daerah Sandakan, Kinabatangan dan Semporna. Penyelaras kursus iaitu En.Mohamad Amli Salleh, Penceramah En.Dahali Marali, Pn.Ainah Sidek (KPS), En.Jefry Ayah @ Kobra (Presiden Homestay Sabah & Penghusaha Homesty Misompuru, Kg.Minyak, Kudat) En.Reduan (MARA),Pn.Salbiah dan Pn. Chang Shuihan (KPM) serta Urusetia Cik. Norhasma Akop dan Alfian Syamsuddin.

KURSUS HOMESTAY SIRI 1/2010

Kursus ini telah dilaksanakan pada 22-26 Mac 2010 di Palce Hotel. Seramai 40 orang peserta yang terdiri dari bakal pengusaha homestay telah hadir. Tempat pretikum kursus adalah Homestay Kg.Sinisian, Kundasang, Ranau. Penyelaras kursus iaitu Puan Felecia Dora Tiongin, Penceramah En. Gary Ambros (MARA), En. Kohadie (Pengerusi Homestay Kg.Sinisian), Pn.Ainah Sidek (KPS), Pn.Chang Shuihan dan Pn.Salbiah (KPM), En.Mohamad Amli Salleh serta Urusetia Pn.Norhemy Md.Yaakop dan En.Alfian Syamsuddin.

KURSUS MASJID SIRI 2/2010

Kursus ini telah dilaksanakan pada 7 - 10 Mac.2010 di Komplek Tabung Haji, Kota Kinabalu, Sabah. Seramai 57 orang peserta telah hadir dalam kursus ini yang terdiri daripada pemegang jawatan imam, bilal dan Ahli Jawatankuasa Masjid/Surau (1 orang wanita dan 56 lelaki). Penyelaras kursus iaitu Encik Azmi Hajah, Penceramah Encik Dahali Marali, Ustaz Ihlam (Jahiens) & Encik Mohamad Amli Salleh serta Urusetia Puan Norhemy Md.Yaakop dan Alfian Syamsuddin.