Isnin, 27 Jun 2011

Mesyuarat & Lawatan Tapak Projek Pelan Tindakan Desa (PTD)

GAMBAR KENANGAN BERSAMA PASUKAN PEGAWAI PEMANTAU...

BERGAMBAR DI TAPAK PROJEK...

BANGUNAN KILANG MEE..

MENANDATANGI KEHADIRAN...

GAMBAR KENANGAN DI TAPAK PROJEK TERNAKAN IKAN PULAU BAIT...

INILAH SANGKAR IKAN YANG DAH SIAP...

MESYUARAT PELAPORAN STSTUS PROJEK...

PERSIAPAN SEBELUM MESYUARAT...


Projek yang bermula di bawah Pelan Tindakan Desa (PTD) anjuran INFRA merupakan rentetan pelan-pelan sebelum ini. Namun, pada kali ini Kampung Pulau Bait dan Bubul Lama di Daerah Semporna berpeluang untuk merealisasikan hasrat kerajaan melalui dana Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW) bagi membangunkan sumber ekonomi penduduk luar bandar.


Kursus tersebut telah pun diadakan pada tahun 2009 yang juga dihadiri oleh wakil daripada kedua-dua kampung di atas. Setelah mendapat kelulusan dana KKLW dan projek bermula maka, pada 3 hingga 4 Mei 2011 baru-baru ini wakil daripada kementerian serta agensi yang terlibat termasuklah wakil INFRA Sabah telah datang ke Semporna untuk bermesyuarat serta melihat sejauh mana perkembangan projek-projek berkenaan. Kampung Pulau Bait mengusahakan Projek Ternakan Ikan Air Dalam Sangkar manakala Kampung Bubul Lama pula kini berusaha untuk merealisasikan Projek Membuat Makanan Tradisional, Mee, Sulaman, Jahitan dan Gubahan untuk pasaran domestik.


Encik Amli, Encik Fadulullah, Encik Mardin dan Encik Alfian mewakili INFRA sabah turut seta dalam lawatan projek tersebut. Selain itu, Encik Zainol dari KEMAS, Kuala Lumpur dan Puan Norli Karim diiringi oleh Cik Aminah dari KKLW turun padang untuk bertemu dan berbincang dengan para pengusaha Projek PTD di kedua-dua kampung yang terlibat.


DISEDIAKAN OLEH : REN

Ahad, 26 Jun 2011

Festival Regatta Lepa, Semporna, Sabah 2011

PEGAWAI INFRA & KKLW YANG BERTUGAS...

EN.AMLI MENYERAHKAN CENDERAHATI KEPADA PEGAWAI KKLW...

BAHAN-BAHAN PAMERAN INFRA...

PERAHU LEPA....

EN.AMLI SEDANG MENELITI BARANGAN UNTUK DI PAMERKAN...

PEGAWAI KKLW SEDANG MEMBERIKAN TAKLIMAT....

BANTING 1 MALAYSIA....

TENGOK APATU BRO????......

WAH!!!CANTIKNYA...SIAPA YANG BUAT AH????

SIAPA YANG BUAT???...AKULAH, TAK NAMPAK KE????EHEHEHEH


Festival Regatta Lepa, Semporna telah membuka tirainya pada tahun ini iaitu pada 21 hingga 24 April 2011. Daerah Semporna yang semestinya dijadikan tempat rasmi bagi acara tahunan ini sememangnya menjadi salah satu tarikan pelancongan kepada negeri Sabah khasnya dan Malaysia amnya. Acara ini telah menjadi salah satu agenda tahunan pelancongan negara iaitu pada setiap bulan April dan berperanan sebagai daya tarikan ke negara ini.










Sedikit sejarah Regatta Lepa yang mana ianya merupakan suatu lambang yang amat tinggi kepada suku kaum Bajau khasnya di Daerah Semporna. Budaya ini dilestarikan melalui imej sejenis perahu kayu yang diukir dengan begitu indah. Perahu kayu ini banyak memainkan peranan yang cukup penting dan sinonim dalam aktiviti pengangkutan laut, perhubungan antara kampung dengan kampung yang lain serta proses penyebaran agama Islam oleh bangsa Arab ke Borneo, Sulawesi juga selatan Sulu.

Perkataan 'Lepa' menunjukkan lambang kehebatan dan keagungan suku kaum Bajau dalam ilmu pelayaran. Perayaan ini juga telah berjaya menyusuri mata dan minda generasi muda melalui usaha berterusan oleh Allayarham Tun Sri Sakaran Dandai.

Festival pada kali ini diraikan melalui acara pameran oleh jabatan-jabatan kerajaan negeri mahupun persekutuan di bawah naungan Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW) serta kementerian lain. INFRA Sabah yang diwakili oleh Encik Amli, Encik Fadulullah dan Encik Mardin telah mengisi slot pameran dan bekerjasama baik dengan pegawai-pegawai daripada KKLW.

TYT Tun Datuk Seri Panglima Juhar Mahiruddin dan Menteri KKLW, Dato Seri Shafie Haji Afdal telah hadir untuk menyerikan festival kali ini. Pelbagai acara, pameran dan konsert kebudayaan daripada artis-artis Sabah dan negara seperti Zainal Abidin memenuhi slot aktiviti festival pada kali ini.



DI SEDIAKAN OLEH : RiN

Isnin, 21 Mac 2011

MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA KETUA INFRA SABAH ANJURAN BAKSI SABAH

Majlis makan malam ini telah diadakan pada 14 Dis 2010, di mana majlis ini dirancang oleh BAKSI Sabah untuk program akhir tahunan penubuhannya di INFRA Sabah. Majlis ini lebih kepada makan malam bersama Ketua INFRA Sabah & Keluarga, Kakitangan INFRA Sabah & Keluarga serta peserta KKD Siri9/2010. Matlamat utamanya adalah majlis ramah mesra antara kakitangan INFRA Sabah & Keluarga dan peserta yang hadir dalam KKD ketika itu. KETUA INFRA SABAH SEDANG MEMBERIKAN UCAPAN KEPADA SEMUA YANG HADIR...
SEBILANGAN KELUARGA2 KAKITANGAN INFRA YANG HADIR...
MEJA UNTUK KETUA INFRA SABAH & PENOLONG PENGARAH SERTA KELUARGA
TETAMU SEDANG MENDENGAR KATA ALUAN DARIPADA MC...

KURSUS KEPIMPINAN DESA SIRI9/2010

Tarikh 12-15 Dis.2010, INFRA Cawangan Sabah telah melaksanakan KKD Siri9/2010 bertempat di Broneo Pradieas Resort. Peserta yang hadir terdiri daripada KK dan WKN dari Daerah Tuaran seramai 60. Kursus ini telah diselaraskan oleh En Mohd.Amli Salleh, Penceramah/Fasilitator En.Ariffin (Ceramah 1) & En.Dahali (Ceramah 2), Pn.Felecia dan Pn.Tn.Aznita serta Urusetia Pn.Norhemy. PESERTA SEDANG MENDENGAR TAKLIMAT DARIPADA FASILITATOR...
PESERTA TENGAH MELAKSANAKAN AKTIVITI KUMPULAN...
PENGHULU KURSUS SEDANG MEMBERIKAN CERAMAH AGAMA SELEPAS SOLAT MAGHRIB
PESERTA & FASILITATOR SEDANG MENDENGAR CERAMAH AGAMA...
SALAH SATU AKTIVITI LDK...MUNGSANG BERJANGUT
BARISAN PESERTA YANG TERLIBAT DALAM AKTIVITI SONGKOK AJAIB..
PN.TN AZNITA SEDANG MEMERHATI PESERTA YANG BERUCAP DAN BELIAU JUGA MC KETIKA PROGRAM TERSEBUT DILAKSANAKAN
PN.NORHEMY SEDANG MENGIRINGI PESERTA UNTUK BERSALAM-SALAMAN DENGAN PESERTA LAIN SEBELUM BERUCAP..
GELAGAT PESERTA YANG MENDENGAR KUMPULAN LAIN SEDANG MEMBENTANGKAN HASIL PERBINCANGAN LDK

Ahad, 14 November 2010

MAJLIS PERPISAHAN ENCIK AZMI HAJAH

PENYERAHAN TUGAS En.Azmi bin Hajah adalah seorang Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat (S27) di Institut Kemajuan Desa (INFRA) selama 2 tahun 6 bulan dan telah bertukar ke Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Kota Kinabalu berkuatkuasa pada 1 November 2010. Beliau ditempatkan sebagai Pegawai KEMAS Daerah Kota Kinabalu.
Warga INFRA mendoakan semoga beliau lebih suksess di tempat kerja yang baru...AMIN..

KURSUS KEPIMPINAN DESA SIRI 7/2010 (TENOM)

Kursus ini telah dilaksanakan pada 2 hingga 5 Ogos 2010 di Perkasa Hotel, Keningau yang melibatkan 60 peserta dari Daerah Tenom.Penyelaras, Penceramah & Fasilitator En.Ariffin, En.Dahali, En.Amli, En.Nasrul (KEMAS KK) dan Ustaz Sufindi (KEMAS KK) serta Urusetia En.Alfian. PESERTA TEKUN MENDENGAR HASIL PEMBENTANGAN KUMPULAN...
SALAH SEBUAH KUMPULAN MEMBENTANGKAN HASIL KERJA KUMPULAN...
PENGHULU SEDANG MEMBERIKAN UCAPAN KEPADA PESERTA
AKTIVITI KUMPULAN..
SALAH SEORANG PESERTA MENGAJUKAN SOALAN KEPADA PEMBENTANG...
PERBINCANGAN DALAM KUMPULAN...
PESERTA DI BERI PELUANG UNTUK MEMBUAT PENGUCAPAN AWAM..
PESERTA TENANG DAN TEKUN DALAM MENDENGAR ARAHAN FASILITATOR...
KERJASAMA DALAM KUMPULAN...


FASILITATOR (USTAZ & BOB) SEDANG MENGARAHKAN SESUATU KEPADA PESERTA..

KURSUS KEPIMPINAN DESA SIRI 5/2010 (KUNAK) & SIRI 6/2010 (SEMPORNA)

Kursun ini telah di adakan untuk Wakil Ketua Anak Negeri (WKN) & Ketua Kampung bagi Daerah Kunak dan Semporna. Seramai 60 orang peserta dari Daerah semporna telah berjaya menghadiri kursus dan seramai 33 orang peserta dari Daerah Kunak.BARISAN VIP YANG HADIR TERMASUK PENOLONG PENGARAH INFRA SABAH (EN.MOHD ARIFFIN) GAMBAR-GAMBAR SEMASA MAJLIS PERASMIAN KURSUS

TEMURAMAH YB DENGAN RTM.. MAJLIS PENUTUPAN KURSUS..
ISTERI CALL BRO...MACAM DIA TAK PERCAYA SAYA SEDANG BUAT KURSUS ...KATA USTAZ SUFFINDI (PEGAWAI KEMAS KK)
AKTIVITI KURSUS...