Rabu, 28 Oktober 2009

"RAYA-RAYA INFRA SABAH"

Tarikh 23 Oktober 2009, INFRA Sabah telah mencatat sejarah dengan mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri secara sedaharna di ruangan pejabat INFRA Sabah. Pelbagai juadah telah disediakan seperti menu kari daging, rendang ayam, spaghetti, ayam pandan goreng, nasi kerabu, lontong, sambal bilis dan buah-buahan serta kek. Sambutan ketika itu sangat meriah...walaupun INFRA Sabah hanya mempunyai 14 orang kakitangan. Juadah-juadah ini telah disediakan oleh kakitangan INFRA sendiri. Lihatlah aksi-aksi sambutan seperti di dalam gambar ini.















BENGKEL PELAN TINDAKAN DESA KG.PENIMBAWAN, SERUSUK, TUARAN

Tarikh 24 hingga 25 Julai 2009,INFRA telah melaksanakan BPTD Siri 13/2009 di Kg.Penimbawan, Serusuk, Tuaran. Peserta yang terlibat adalah seramai 40 orang yang terdiri daripada JKKK, Guru, Puteri UMNO, Belia & Beliawanis serta wanita. Pegawai yang terlibat adalah En.Hashim, En.Dahali, Pn.Felecia, Pn.Norhemy,En.Alfian dan En.Mardin. Majlis penutupan telah disempurnakan oleh UPKR Serusuk.


Selasa, 27 Oktober 2009

BENGKEL PELAN TINDAKAN DESA KG.TANAKI,TAMBUNAN

Tarikh 24 hingga 25 Oktober 2009, INFRA Cawangan Sabah telah melaksanakan BPTD siri 24/2009 di Kg.Tanaki, Tambunan. Kehadiran peserta sangat-sangat menggalakan. Seramai 41 orang peserta yang terdiri daripada JKKK, Ketua kepimpinan kampung, Pengerusi KRT,belia dan beliawanis serta kaum ibu atau wanita. Pegawai dari INFRA adalah En.Dahali Marali, En.Mohamad Amli, En.Azmi dan En.Mardin.







Perasmian penutupan telah disempurnakan oleh ADO Pembangunan Tambunan.
















Khamis, 22 Oktober 2009

BENGKEL PELAN TINDAKAN DESA KG.BIAU,BONGAWAN,PAPAR.

Pada 25 hingga 26 Mac 2009, INFRA telah melaksanakan BPTD di Kampung Biau. Seramai 30 peserta terdiri daripada JKKK,Ketua Kampung, Wakil Anak Negeri,suri rumah,belia dan beliawanis. Pegawai INFRA yang terlibat iaitu En.Hashim Alang Abdul Hamid, En.Ariffin Abdullah, Tn.Hj.Bahrin Md.Lani, En.Dahali Bin Marali, Pn.Felecia Dora Tiongin, Cik.Norhasma Akup dan En.Alfian Syamsuddin.

Masalah & Cadangan Penyelesaian :
1. Pengaruh dadah/gam / Arak (mentoku) ;
i.Mengadakan Kaunseling, bimbingan dan seminar serta operasi cegah maksiat / jenayah.

2. Surau yang sempit ;
i.Membesarkan surau atau membuat permohonan pembinaan surau baru

3. Tiada Perpaduan di antara penduduk kampung ;
i.Mengadakan mesyuarat antara ketua-ketua, melaksanakan aktiviti/program bersama, tingkatkan kesedaran sivik & seminar keibubapaan.
4. Kecurian ;
i.Menubuhkan Jawatankuasa cegah kecurian, penduduk berjaga-jaga, kawalan kampung & rondaan polis.
5. Vandalisme ;
i.Kempen kesedaran (ceramah, seminar & bengkel)
ii.Pemantauan Ibu bapa
iii.Penubuhan RELA & KRT
iv.Mewajibkan penglibatan belia dalam setiap program di kampung dan mewujudkan peraturan / denda (sogit)

6. Perparitan di sawah ;
i.Pembinaan parit baru
7. Program Kepimpinan Keusahawanan ;
i.Pemantauan daripada pihak berkenaan (MARA, TEKUN, JAB. PERTANIAN, MARDI, FAMA, KO-NELAYAN, AIM).
ii.Bantuan kewangan (AIM, JAB. PERTANIAN, MARA, TEKUN, AGRO BANK, KO-NELAYAN)
iii.Mengadakan kursus/bimbingan (JAB. PERTANIAN, SEDCO, MARA, FAMA, LKIM, PERIKANAN, JAB. HAIWAN, MECD, KEM. KEBUDAYAAN, KEMAS)
8. Perhatian OKU ;
i.Pembiayaan bulanan, pemantauan potensi bakat OKU, kenalpasti OKU, kemudahan OKU, (kerusi roda, lampin pakai buang, sekolah khas & pengangkutan OKU)
9. Bantuan pertanian ;
i.Memdapat khidmat nasihat, kursus-kursus penggunaan baja, penduduk kampung disaran bercucuk tanam agar dapat bantuan Jab. Pertanian dan kempen program bumi hijau
10) projek ternakan (tiada pemantauan) ;
i.Mengurangkan kerenah birokrasi, mewujudkan jadual lawatan berkala

Rabu, 21 Oktober 2009

BENGKEL PELAN TINDAKAN DESA, KG.MASIKUAN, PADAS DAMIT,BEAUFORT

Bengkel ini telah di adakan pada 19 hingga 20 Oktober 2009.Seramai 53 orang peserta telah terlibat yang terdiri daripada JKKK, penduduk kampung, belia & beliawanis, kaum ibu, Pemaju Mukim dan Ketua Kampung. Pegawai INFRA yang terlibat En.Dahali Marali, En.Azmi Hajah, Pn.Norhemy Yaakop dan En.Alfian Syamsuddin. Majlis penutupan telah disempurnakan oleh wakil YB Kamarlin Hj.Ombi ADUN N.27, Lumadan iaitu Pn.Dg.Suriana bt. Mohd.Kassim.