Isnin, 27 Jun 2011

Mesyuarat & Lawatan Tapak Projek Pelan Tindakan Desa (PTD)

GAMBAR KENANGAN BERSAMA PASUKAN PEGAWAI PEMANTAU...

BERGAMBAR DI TAPAK PROJEK...

BANGUNAN KILANG MEE..

MENANDATANGI KEHADIRAN...

GAMBAR KENANGAN DI TAPAK PROJEK TERNAKAN IKAN PULAU BAIT...

INILAH SANGKAR IKAN YANG DAH SIAP...

MESYUARAT PELAPORAN STSTUS PROJEK...

PERSIAPAN SEBELUM MESYUARAT...


Projek yang bermula di bawah Pelan Tindakan Desa (PTD) anjuran INFRA merupakan rentetan pelan-pelan sebelum ini. Namun, pada kali ini Kampung Pulau Bait dan Bubul Lama di Daerah Semporna berpeluang untuk merealisasikan hasrat kerajaan melalui dana Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW) bagi membangunkan sumber ekonomi penduduk luar bandar.


Kursus tersebut telah pun diadakan pada tahun 2009 yang juga dihadiri oleh wakil daripada kedua-dua kampung di atas. Setelah mendapat kelulusan dana KKLW dan projek bermula maka, pada 3 hingga 4 Mei 2011 baru-baru ini wakil daripada kementerian serta agensi yang terlibat termasuklah wakil INFRA Sabah telah datang ke Semporna untuk bermesyuarat serta melihat sejauh mana perkembangan projek-projek berkenaan. Kampung Pulau Bait mengusahakan Projek Ternakan Ikan Air Dalam Sangkar manakala Kampung Bubul Lama pula kini berusaha untuk merealisasikan Projek Membuat Makanan Tradisional, Mee, Sulaman, Jahitan dan Gubahan untuk pasaran domestik.


Encik Amli, Encik Fadulullah, Encik Mardin dan Encik Alfian mewakili INFRA sabah turut seta dalam lawatan projek tersebut. Selain itu, Encik Zainol dari KEMAS, Kuala Lumpur dan Puan Norli Karim diiringi oleh Cik Aminah dari KKLW turun padang untuk bertemu dan berbincang dengan para pengusaha Projek PTD di kedua-dua kampung yang terlibat.


DISEDIAKAN OLEH : REN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan