Khamis, 22 Oktober 2009

BENGKEL PELAN TINDAKAN DESA KG.BIAU,BONGAWAN,PAPAR.

Pada 25 hingga 26 Mac 2009, INFRA telah melaksanakan BPTD di Kampung Biau. Seramai 30 peserta terdiri daripada JKKK,Ketua Kampung, Wakil Anak Negeri,suri rumah,belia dan beliawanis. Pegawai INFRA yang terlibat iaitu En.Hashim Alang Abdul Hamid, En.Ariffin Abdullah, Tn.Hj.Bahrin Md.Lani, En.Dahali Bin Marali, Pn.Felecia Dora Tiongin, Cik.Norhasma Akup dan En.Alfian Syamsuddin.

Masalah & Cadangan Penyelesaian :
1. Pengaruh dadah/gam / Arak (mentoku) ;
i.Mengadakan Kaunseling, bimbingan dan seminar serta operasi cegah maksiat / jenayah.

2. Surau yang sempit ;
i.Membesarkan surau atau membuat permohonan pembinaan surau baru

3. Tiada Perpaduan di antara penduduk kampung ;
i.Mengadakan mesyuarat antara ketua-ketua, melaksanakan aktiviti/program bersama, tingkatkan kesedaran sivik & seminar keibubapaan.
4. Kecurian ;
i.Menubuhkan Jawatankuasa cegah kecurian, penduduk berjaga-jaga, kawalan kampung & rondaan polis.
5. Vandalisme ;
i.Kempen kesedaran (ceramah, seminar & bengkel)
ii.Pemantauan Ibu bapa
iii.Penubuhan RELA & KRT
iv.Mewajibkan penglibatan belia dalam setiap program di kampung dan mewujudkan peraturan / denda (sogit)

6. Perparitan di sawah ;
i.Pembinaan parit baru
7. Program Kepimpinan Keusahawanan ;
i.Pemantauan daripada pihak berkenaan (MARA, TEKUN, JAB. PERTANIAN, MARDI, FAMA, KO-NELAYAN, AIM).
ii.Bantuan kewangan (AIM, JAB. PERTANIAN, MARA, TEKUN, AGRO BANK, KO-NELAYAN)
iii.Mengadakan kursus/bimbingan (JAB. PERTANIAN, SEDCO, MARA, FAMA, LKIM, PERIKANAN, JAB. HAIWAN, MECD, KEM. KEBUDAYAAN, KEMAS)
8. Perhatian OKU ;
i.Pembiayaan bulanan, pemantauan potensi bakat OKU, kenalpasti OKU, kemudahan OKU, (kerusi roda, lampin pakai buang, sekolah khas & pengangkutan OKU)
9. Bantuan pertanian ;
i.Memdapat khidmat nasihat, kursus-kursus penggunaan baja, penduduk kampung disaran bercucuk tanam agar dapat bantuan Jab. Pertanian dan kempen program bumi hijau
10) projek ternakan (tiada pemantauan) ;
i.Mengurangkan kerenah birokrasi, mewujudkan jadual lawatan berkala

1 ulasan:

  1. tahniah dan terima kasih membantu memajukan bongawan..jika ada masa lawat saya di peranakbongawan.blogspot.com..tq

    BalasPadam